Khamis, 1 Januari 2015

Buku : 101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains Khamis, 1 Januari 2015


101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains

Pengarang :
DR MOHD ARIF HAJI MAT NOOR,
MOHD DAHARUDIN HAJI DAUD,
USTAZ MOHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ 

Memang kajian tentang solat subuh terlalu banyak dikupas dan dihurai. Namun, dalam buku ini telah menghadirkan penelitian yang segar, penuh bermotivasi dan inspirasi bagi setiap Muslimin dan Muslimah dalam memahami segala rahsia di sebalik keagungan, kemukjizatan dan kedahsyatan tenaga atau energi spiritual dan psikologi lelaki-lelaki subuh yang belum terungkap oleh mana-mana buku dan belum lagi tersingkap oleh buku-buku seumpamanya.

Buku ini mengajak para pembaca menelusuri jiwa lelaki-lelaki subuh dengan cara:

1. Terlebih dahulu menyingkap tirai-tirai rahsia di sebalik pilihan Allah SWT memilih waktu fajar sebagai waktu pelaksanaan solat subuh.

2. Lalu membedah aura spiritual dan kesan psikologi kepada lelaki-lelaki subuh yang selalu mempunyai iltizam menunaikan pelaksanaan solat subuh dengan penuh rasa ikhlas dan khusyuk. 

3. Kemudian mengupas selok-belok rahsia perintah Allah SWT bagi segala bentuk pelaksanaannya (seperti rahsia sujud, rukuk dan lain-lain) yang sangat besar fungsinya untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani manusia, terutamanya dilaksanakan ketika waktu subuh.

4. Berakhir dengan perbahasan menyeluruh tentang spiritual solat subuh terhadap kekuatan jiwa dalam menggapai keredaan Allah SWT kelak dalam kehidupan selepas mati (di negeri akhirat).

Kesannya buku ini sangat bermanfaat untuk membumikan aura kedahsyatan jiwa lelaki-lelaki subuh ketika menunaikan solat subuh secara spiritual dan psikologi yang belum dikupas secara terperinci selama ini. Hayati kelazatan dengan membaca dan memahami buku ini.

Post Yang Berkaitan "Buku : 101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains"


Tiada ulasan :

Sila Tulis Komen Di Sini :