Rabu, 1 Januari 2020

Khasiat Ketumpang Air Rabu, 1 Januari 2020



Khasiat Pokok Ketumpang Air :

Ketumpang air atau sirih cina merupakan tanaman herba yang kaya dengan khasiat. Namun, ramai yang beranggapan tanaman ini adalah rumpai liar kerana ia tumbuh di celah-celah tanaman yang lain. Hakikatnya, tanaman herba ini mempunyai kandungan asid amino, lysine, leucine dan isoleucine yang tinggi dan pelbagai lagi. Antara penyakit yang berupaya dirawat dengan menjadikan pokok ketumpang air ini sebagai ramuan adalah seperti :

- Merawat gout 
- Penawar sakit sendi dan sakit perut 
- Jus perahannya mampu megelakkan jangkitan pada mata 
- Mengubati dan meredakan cirit-birit 
- Meredakan batuk 
- Meredakan demam (ramas dengan sedikit air, sapukan di kepala) 
- Merawat buasir 
- Melegakan selsema 
- Merawat jangkitan pada pundi kencing 
- Merawat kayap 
- Altenatif rawatan kepada ubatan penyakit darah tinggi 
- Merawat kencing manis 


Merawat sakit kepala ketika demam
Sediakan 15 helai daun ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian, tumbuk sehigga lumat. Tempelkan ramuan tersebut pada bahagian dahi pesakit. Cara lain, rebus 2 pokok ketumpang air yang telah dibersihkan bersama 300 ml air. Saiz pokok yan sesuai antara 7 hingga 10 cm tinggi. Apabila air rebusan tersisa sebanyak 1 gelas, tutup api dapur dan biarkan seketika sebelum ditapis dan diminum. Amalkan sehari dua kali sehingga pulih.


Merawat bisul, jerawat dan penyakit kulit
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm tinggi dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300 ml air sehingga tersisa satu gelas air. Minum air rebusan ketika masih hangat atau panas (suam). Diamalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari.


Sakit Perut
Sediakan beberapa rumpun pokok ketumpang air dan dicuci sehingga bersih. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan sediakan sehelai kain untuk perahan. Minum air perahan tersebut.


Mengubati luka terbakar atau melecur
Sediakan beberapa rumpun pokok secukupnya bergantung kepada keperluan saiz luka. Bersihkan dan tumbuk pokok ketumpang air tersebut sehingga lumat. Tempelkan bahan yang telah dilumatkan tadi pada permukaan luka da tutup dengan kain. Iarkan tempelan luka sepenuhnya dan ulang beberapa kali sehingga luka tersebut betul-betul sembuh.


Merawat buah pinggang
Sediakan dua rumpun pokok ketumpang air berukuran 7 hingga 10 cm dan dicuci sehingga bersih. Rebus dengan 300ml air sehingga tersisa segelas air. Minum air rebusan ketika masih panas (suam). Amalkan dua kali sehari dalam kadar yang sama setiap hari. Perlu membuat ramuan yang baru setiap kali melakukan pengubatan.


Selain itu, anda boleh menghasilkan beberapa resepi menarik untuk mendapatkan khasiat yang baik daripada daun ketumpang air seperti tumis air, goreng belacan. Rasanya enak seperti kangkung atau dijadikan sebagai ulam.


Maka, selepas ini jika ternampak tanaman ini tumbuh di dalam pasu atau di atas batas tanaman, jangan dibuang. Sebaliknya, tanam tanaman ini kerana ia sangat bemanfaat dan amat mudah dibiakkan.

Khasiat Belalai Gajah

Khasiat Belalai Gajah
Daun Belalai Gajah ( Sabah Snake Grass ) atau nama saintifiknya Clinacanthus Nutans ialah sejenis herba popular dalam perubatan tradisional Thai dan China. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba dengan batang yang kecil dan panjang. Pokok ini memerlukan sokongan kerana batangnya yang kecil dan lembut itu mudah rebah apabila ditiup angin.

Tumbuhan ini datang dari keluarga acanthaceae, boleh membiak melalui keratan batang. Tumbuhan herba ini dipercayai boleh merawat pelbagai penyakit kanser seperti kanser payudara, kanser prostat, kanser paru-paru, kanser uterus, darah tinggi, asid urik tinggi, kencing manis,pesakit dialisis, buah pinggang dan banyak lagi.


Tumbuhan herba adalah sebahagian daripada warisan budaya Melayu kerana khasiatnya mampu menyembuh pelbagai jenis penyakit sejak zaman berzaman. Daun belalai gajah ini telah lama dikenal pasti mempunyai anti oksida yang tinggi untuk mengatasi sel – sel kanser dan mengekalkan sel – sel sihat dalam tubuh manusia. Pokok herba belalai gajah adalah tidak sama dengan herba Hempedu bumi (Snake grass) atau Herba Sambung Nyawa (Gynura procumbens) kerana ianya memang berlainan. Hempedu bumi mempunyai rasa pahit dengan bunga berwarna putih sementara belalai gajah adalah rasa tawar dengan bunga merah muda. Selain boleh didapati di Taman Herba Negeri Perak, herba ini juga ditanam secara komersial di beberapa negeri terutama di sekitar Negeri Sembilan, Pahang dan Selangor.

Menurut kajian Jabatan Bioteknologi, Sekolah Teknologi Kesihatan, Universiti Ming Chuan, Taiwan, SSG terbukti sebagai agen anti oksida yang baik. Fungsi anti oksida sebenarnya mengurangkan kesan radikal dalam tubuh badan. Sementara itu, Fakulti Perubatan dan Kesihatan Sains, Universiti Putra Malaysia (UPM), SSG bukan sahaja berfungsi sebagai anti-oksida, bahkan mampu melambatkan pertumbuhan sel kanser. Kajian – kajian ini membuktikan bahawa penjagaan kesihatan menerusi makanan semula jadi seperti merupakan langkah alternatif yang baik.


Belalai Gajah merupakan sebahagian warisan budaya Melayu memiliki pelbagai kegunaan dalam perubatan tradisional:

- Kajian mendapati bahawa daun Belalai Gajah tidak mengandungi toksik serta mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.
- penghidap kanser perlu memakan daun herba ini sekurang-kurangnya 100 helai sehari tanpa gagal dalam usaha memerangi sel barah.
- teh daun belalai gajah paling banyak di pasaran di mana perlu dimasukkan daun teh ke dalam air panas dan minum setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.


Daun Belalai Gajah mempunyai 1001 khasiat dalam menangani pelbagai masalah penyakit termasuk penyakit kanser. Antara khasiat daun ini adalah :

1. Dalam tahun-tahun kebelakangan, terdapat ramai pesakit-pesakit kanser sembuh secara ajaib selepas pengambilan Daun Belalai Gajah telah dilaporkan secara meluas oleh akhbar-akhbar dan mencetuskan kegilaan. Oleh kerana kesan khasnya, ia mengubati pelbagai jenis kanser, termasuk limfoma, kanser hati, kanser paru-paru, kanser buah pinggang, kanser payudara, kanser nasofarinks, kanser rahim, kanser ovari, leukemia, kanser otak dan kanser prostat.

2. Daun Belalai Gajah menyembuhkan dan menggantikan Sel-Sel Badan yang rosak. Selepas setiap 6 bulan menerusi proses metabolisme, lebih kurang 90% daripada sel badan akan diperbaharui selepas setiap 6 bulan. Antaranya, sel perut diperbaharui setiap 7 hari, sel kulit lebih kurang 28 hari, sel hati 180 hari, sel darah merah setiap 120 hari, dan sebagainya. Pendek kata, dalam masa lebih kurang setahun, hampir 98% daripada sel badan akan diperbaharui. Hanya dengan berbekalkan lebih 40 jenis khasiat makanan, menerusi proses-proses metabolisme dan pembaikpulihan yang bersilih ganti, bahagian-bahagian sel dan organ yang rosak akan diganti secara beransur-ansur dengan penghasilan sel-sel yang baru. Secara langsung, kebanyakan penyakit juga berkemungkinan tinggi untuk pulih sepenuhnya.

3. Daun Belalai Gajah (Clinacanthus Nutans) mempunyai kandungan flavonoid yang tinggi. Akarnya mengandungi betulin dan sebatian triterpenoids.

4. Daun kering tumbuhan Belalai Gajah mengandungi protein mentah (> 45%) dan 17 jenis asid amino. Nilai khasiatnya tinggi dengan kandungan pelbagai jenis mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

5. Ia juga mengandungi vitamin, asid amino, dan lain-lain yang memberi nilai perubatan yang baik atau kegunaan rawatan yang istimewa.

6. Keunikannya ada pada kandungan Vitamin C, protein mentah, serat, mineral, dan lain-lain yang amat tinggi. Vitamin C berkesan menghapuskan radikal bebas dalam badan kita. Radikal bebaslah yang menyebabkan saluran darah tersumbat dan menyebabkan pelbagai penyakit pembunuh senyap.

7. Daun ini juga mengandungi mineral sampingan tertentu seperti besi, zink, mangan, tembaga dan nikel. Kandungan Fosforus, kalsium, magnesium dan nutrien lain dalam tumbuhan ini adalah tinggi. Oleh itu, mengamalkan pemakanan Daun Belalai Gajah memberi keberkesanan yang amat baik dalam pembekalan mineral dan mengekalkan keseimbangan sistem badan.

8. Daun Belalai Gajah mengandungi serat mentah yang tinggi. Serat dalam usus manusia berfungsi sebagai penyerap kelembapan dan merangsang peristalsis usus.

9. Mengeluarkan  pelbagai toksin dalam badan.

10. Ia mempunyai ciri-ciri anti-kanser yang sangat kuat.

11. Hipotemia -. Untuk mengurangkan demam


Cara-Cara Membuat Jus Belalai Gajah Menurut Perubatan Tradisional Untuk Pesakit Kanser

Masukkan setengah atau satu cawan air dalam blender dan 3 ice cube jika suka. Kemudian tambah setengah biji atau 1/4 jus lemon serta masuk daun belalai gajah yang sudah dibersihkan. Elakkan membasuh daun tersebut dengan air paip. Selepas itu, masukkan sebiji apple hijau yang sudah dibuang kulit dan biji dan di blend halus dan terus diminum. Jangan dibiarkan lebih dari 5 minit kerana khasiatnya akan hilang. Jika badan terasa sejuk campurkan sedikit hirisan halia. Paling cepat berkesan jika diminum jam 4 pagi.

Khasiat Tongkat Ali


Nama Tempatan : Tongkat Ali

Nama Botani : Eurycoma longifolia Jack

Nama lain : Penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung Ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, setunjang bumi dan pasak bumi.

Famili : Simaroubaceae



Pengenalan:
Tongkat Ali didapati tumbuh di hutan malar hijau di Asia Tenggara. Di Malaysia Tongkat Ali digunakan secara meluas dalam penyediaan ubatan tradisional dan dijual dalam bentuk kapsul, tablet serta tonik. Tongkat Ali merupakan tanaman jenis saka yang tumbuh menegak tanpa cabang. Dalam keadaan semula jadinya di hutan, ia tumbuh dengan kadar yang perlahan, boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur (2–3 cm lebar, 8–10 cm panjang) tersusun secara berpasangan pada satu tangkai (panjang hingga 100 cm). Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun. Tangkai daun tersusun secara “spiral”, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.



Khasiat dan Kegunaan:
Tongkat Ali terkenal kerana mempunyai kesan penggalak seks (‘aphrodisiac’). Secara tradisi ia digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan. Antaranya, termasuk pening kepala, luka-luka, kurap, disentri, bengkak, kelenjar, antileukemik, antitumor, antiviral, antifidan, insektisidal, antiamebik, antimalaria dan antiradang.Kandungan kimia tongkat ali yang penting dalam industri ialah; eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akar. Maklumat lebih terperinci mengenai hal ini sedang diselidiki. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosterone (hormon yang diperlukan untuk fungsi kelelakian).



Khasiat Serai Wangi


Nama Tempatan : Serai Wangi

Nama Botani : Cymbopogon nardus (L.) rendle

Nama lain : Sereh wangi (Indonesia), Citronella (Inggeris)

Famili : Graminae



Pengenalan:

Tanaman Serai Wangi (Cymbopogon nardus) dipercayai berasal sama ada dari Selatan India atau Sri Lanka. Serai Wangi juga tumbuh liar di kebanyakan negara di Asia Tropika, Amerika dan Afrika.
Di Malaysia, serai wangi biasanya ditanam di halaman rumah sebagai tanaman dapur dan kebelakangan ini terdapat beberapa pengusaha yang berminat untuk menanam serai wangi bagi menghasilkan minyak patinya. Serai wangi ialah sejenis tanaman rumput yang tinggi dan mempunyai rimbunan daun yang lebat. Ia boleh tumbuh sehingga 1.0–1.5 m. Daunnya bersifat tirus, panjang sehingga 70 – 80 cm dan 2 – 5 cm lebar. Ia berwarna hijau muda, kasar dengan urat yang selari dan mempunyai aroma yang lebih kuat jika dibandingkan dengan serai makan. Serai wangi jarang berbunga dan hanya berbunga bila sudah cukup matang iaitu pada peringkat umur melebihi 8 bulan.



Khasiat dan Kegunaan:

Dari segi ubatan tradisional serai wangi digunakan untuk rawatan selepas bersalin dan pening kepala. Caranya adalah dengan menggunakan air rebusannya sebagai mandian atau dibasahkan kepala dan dilapkan pada seluruh badan. Ia juga banyak digunakan dalam menghasilkan minyak urut untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. Bagaimanapun di kebanyakan negara serai wangi ditanam khas untuk pengeluaran minyak patinya. Serai wangi menghasilkan minyak pati yang dikenali sebagai `citronella oil’ di pasaran antarabangsa. Minyak sitronela mengandungi dua bahan kimia penting iaitu sitronelal dan geraniol. Sitronelal dan geraniol amnya digunakan untuk bahan dasar pembuatan ester-ester seperti hidroksi sitronelal, genaniol asetat dan mentol sintetik yang mempunyai sifat lebih stabil dan banyak digunakan dalam industri wangi-wangian. Hidroksi sitronelal penting untuk sabun dan minyak wangi yang berharga tinggi, manakala mentol untuk bahan dasar ubat batuk, ubat gigi dan pencuci mulut.

Khasiat Bawang Putih


Khasiat Bawang Putih
Salah satu alat masak yang wajib tersedia di dapur adalah bawang putih. Ini kerana, bawang putih sangat diperlukan untuk memasak hampir di setiap jenis masakan. Rasanya yang kuat tentu akan menambah citarasa hidangan yang disajikan. Selain sebagai alat masak, bawang putih ternyata juga mampu untuk rawatan beberapa jenis penyakit. Apa saja manfaat bawang putih untuk kesihatan?


Manfaat bawang putih untuk kesihatan, antaranya :

1. Menurunkan kadar kolesterol
Menurut sebuah penelitian yang diterbitkan dalam Journal of Postgraduate Medicine, mengamalkan memakan setidaknya 10 gram bawang putih mentah setiap hari selama dua bulan berhasil membantu menurunkan kadar kolesterol yang cukup banyak.

Sementara itu, penelitian lain yang dilakukan oleh para pakar di Rafsanjan University of Medical Sciences juga menguak manfaat bawang putih yang mampu meningkatkan kadar kolesterol baik sekaligus menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh apabila dimakan dalam keadaan mentah. Untuk mendapatkan kesimpulan itu, peserta penelitian yang diterbitkan dalam Pakistan Journal of Pharmaceutical Sciences ini diminta untuk mengamalkan memakan 10 gram bawang putih mentah selama 42 hari.

2. Mengendalikan tekanan darah
Kandungan polisulfida pada manfaat bawang putih terbukti mampu mengendalikan tekanan darah bagi penderita hipertensi. Menurut sebuah jurnal ilmiah Maturitas, polisulfida akan membantu melebarkan dan membuka pembuluh darah supaya tidak mendapat tekanan yang terlalu besar. Tidak hairanlah jika memakan bawang putih rutin selama tiga bulan ternyata bisa menurunkan tekanan darah hingga 10 mmHg. 

3. Menjaga kesihatan otak
Berbagai gangguan yang menyerang otak seperti penyakit Alzheimer dan demensia rupanya mampu dicegah dengan makan bawang putih. Penelitian terbaru dalam Journal of Neurochemistry membuktikan bahawa kandungan S-allyl-L-cysteine (SAC) dan antioksidan yang terdapat pada bawang putih mampu menjaga otak dari berbagai kerosakan kognitif. Unsur kimia pada bawang putih tersebut bertugas untuk mencegah penumpukan plak atau zat berbahaya pada sistem saraf pusat.

4. Mengatasi jerawat
Doris Day, M.D, seorang doktor kulit sekaligus seorang penulis buku 100 Questions and Answers About Acne, berpendapat bahawa manfaat bawang putih untuk menghilangkan jerawat berhasil kerana bawang putih memiliki kandungan antioksidan dan sifat anti radang.

Pernyataan tersebut disetujui pula oleh Rachelle Wood, seorang ahli makanan di Charlottetown P.E.I. Menurutnya, khasiat bawang putih memang dapat membantu melawan peradangan berkat bahan kimia semulajadinya yang bernama allicin. Kandungan allicin dalam bawang putih mampu membunuh banyak virus dan bakteri berbahaya dalam tubuh penyebab jerawat.


Khasiat Limau Kasturi


Khasiat Limau Kasturi
Limau kasturi adalah salah sejenis buah yang banyak digunakan dalam kegunaan masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa yang sangat sedap dan segar samada didalam makanan mahupun minuman. Aromanya yang harum dan menyegarkan terasa tenang jika dihidu.  Ia juga mengandungi kandungan vitamin C  dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik.

Mengandungi sebatian antibakteria yang bagus, limau kasturi berfungsi sebagai deodoran semula jadi kerana boleh menyelesaikan masalah bau badan dengan beberapa cara.

Ubat Kurus
Perah limau nipis dicampur bersama teh tanpa gula dan minum setiap hari.  Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam.  Amalkan meminum air ini dan InsyaAllah perut yang buncit akan menjadi kempis.

Ubat Demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis, rebus dengan 2 hingga 4 gelas air.  Gunakan air rebusan itu untuk menuam pesakit yang demam dengan merendam kain dengan air rebusan dan diperah, lalu diletakkan didahi.


Ubat Hilang Bau Ketiak
Siapkan limau nipis yang telah dicampur dengan kapur sireh.  Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh.  Lakukan dengan kerap pagi dan petang.

Ubat Pening Kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit dibahagian atasnya.  Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air.  Pastikan anda menghalakan cecair itu kearah hidung semasa ia terpancut.

Ubat Lelah
Ambil satu sudu madu (kalau boleh madu asli).  Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.  Anda boleh meminumnya bila-bila masa ketika mengalami lelah.  Cukuplah diamalkan seminggu.


Ubat Batuk
Campurkan limau, kicap dan garam.  Amalkan minum setiap pagi dan malam.

Tak salah mencuba jika betul dapat memulihkan kesihatan alhamdulilah. Jika bertambah melarat, silalah berjumpa dengan doktor ya.

Khasiat Kangkung


Khasiat Kangkung
Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea  aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar.Ia menjadi menu alternatif tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di Nusantara ini.

Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai bahan untuk kesihatan. Berikut adalah contoh khasiat kangkung dari segi kesihatan:

1. Khasiat Kangkung Boleh Tajamkan Penglihatan

Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga mampu penamajamkan penglihatan kita. Kangkung mempunyai vitamin A yang tinggi, iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu,semakin tinggi bertakaroni di dalam sayur tersebut.

2.  Khasiat Kangkung Boleh  Mencegah Imsomnia

Kangkung, mempunyai sifat sedatif, bahan yang boleh menjadi penyebab kepada mengantuk. Kangkung juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal ini kerana adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin tinggi kuantiti kangkung bila kita ambil, saraf jadi kendur.

Apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih berkualiti dan lena.Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena.

Awas, mungkin kangkung tidak sesuai dimakan dengan kuantiti yang banyak jika anda di kelas atau di pejabat.

3. Khasiat Kangkung Boleh  Mengurangkan Haid Berlebihan

Khas pada kaum hawa, jika anda mengalami haid berlebihan, anda boleh menggunakan kangkung untuk merawatnya. Caranya : Ambil sekurang-kurangnya setengah kilogram daun kangkung segar. Cucikannya sehingga bersih, lalu ditumbuk halus.

Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan sekurang-kurangnya sekurang-kuranya satu sudu teh dan dicampurkan dengan madu. Minum sekali sehari sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar.

4. Khasiat Kangkung Boleh  Menghilangkan Masalah Kulit Gatal

Masalah kulit gatal boleh dirawat menggunakan kangkung dengan cara, ambil daun kangkung yang segar, rebus dengan air kira-kira 5 minit, gunakan air rebusan tadi dan tuangkannya di tempat yang bermasalah tadi.

5. Khasiat Kangkung Boleh  Mengurangkan Masalah Sembelit  Pada Ibu Hamil

Mual dan sembelit adalah perkara lumrah bagi perempuan hamil. Ianya boleh diatasi dengan cara, ambil dalam anggaran seikat daun kangkung,lumatkan dan terus dimakan. Serat tinggi yang ada pada kangkung mampu menghilangkan rasa mual dam sembelit pada ibu yang sarat mengandung.

6. Khasiat Kangkung Boleh  Menghilangkan Kelemumur

Ambil sekurang-kurangnya seikat kangkung, rendamkannya sehingga bertukar warna. Kemudian, cuci rambut dengan air rebusan tadi. Lakukannya dengan kerap nescaya masalah kelemumur akan hilang.

7.  Khasiat Kangkung Boleh  Mencegah Kencing Manis

Hasil ujian di makmal telah membuktikan bahawa ekstrak kangkung sesuai dijadikan penawar kencing manis kerana sifatnya yang anti diabetes. Fungsi ekstrak kangkung adalah menghalang penyerapan gula dalam darah.

8. Khasiat Kangkung Boleh  Kaya dengan Vitamin B dan C

Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi kesegaran kepada dan memulihkan stress

Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kankung adalah lebih tinggi daripada buah-buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak langsung Ia dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita

Jelas dan nyata bahawa sayur kangkung banyak memberi faedah dan manfaat kepada kita walaupun ada yang beranggapan sebaliknya. Kangkung juga mudah dan murah untuk didapati. Marilah kita bersama-sama mengamalkan makan kangkung untuk kebaikan kita bersama.

Khasiat Kacang Kelisa

Kacang Kelisa Muda
Ulam/Lalap Kacang Kelisa
Kerabu Kacang Kelisa
Ubi Pohon Kacang Kelisa
Biji-Bijian Kacang Kelisa
Pohon-Pohon Kacang Kelisa
Kacang Kelisa/Botol/Botor/Jaat kurang dipedulikan. Sebenarnya ia hebat, berkhasiat, sarat zat: *Kalsium *Besi *Magnesium *Manganese *Fosforus *Zinc *Thiamin (B1) *Riboflavin (B2)

Kacang Kelisa



Kacang ini, di daerah utara semenanjung Malaysia, lebih mengenalinya sebagai Kacang Kelisa. Ia juga rata-rata dikenali sebagai Kacang Botol.

Nama botani Kacang Kelisa @ Kacang Botol ialah Psophocarpus tetragonolobus, dari kerabat Psophocarpus, yang terdiri dari 6-9 jenis spesis, masing-masing memiliki sedikit berbeza. 

Indonesia mengenalinya dengan berbagai nama; kacang botor, kacang belimbing, kacang embing, jaat (Sunda), cipir, cicipir, kěcipir (Jawa), kacang sirek atau kalkang, kelongkang, biraro dan banyak lagi. Inggeris menyebutnya winged bean, winged pea, four-angled bean (merujuk pada 4 cuping buahnya), manila bean, mauritius bean, goa bean dan asparagus pea.

Kacang kelisa ialah tumbuhan kekacang tropika yang dipercayai berasal dari Papua New Guinea. Pokok ini tumbuh dengan subur dalam iklim tropika hujan panas dan lembab; di negara-negara khatulistiwa Asia Tenggara sehingga ke Asia Selatan seperti India dan Sri Lanka, dan Jepun yang menyebutnya ryukyuan atau shikaku-mame, Africa dan Latin Amerika.

Pohon kacang kelisa tumbuh secara menjalar merembat. Buahnya memanjang, mempunyai 4 cuping. Sepanjang setiap tepi cuping bergerigi kecil lembut, mengandungi banyak biji benih tersusun didalamnya. Bijiannya berbentuk bulat membujur mirip kacang soya.

Kacang kelisa berwarna hijau muda ketika masih muda, hijau gelap ketika matang, dan bertukar berwarna perang coklat apabila tua.

Permakanan Kacang Kelisa



Sebenarnya, hampir semua bahagian pohon kacang kelisa berguna dan menjadi bahan makanan oleh masyarakat dibeberapa negara:
  • Kacang kelisa muda: sedap dan rangup dimakan, dan tidak liat. Lazim dijadikan ulam/lalap, digoreng, dibuat kerabu, sayuran atau dimasak dalam berbagai resepi makanan oleh masyarakat Malaysia dan Indonesia.
  • Sebahagian masyarakat menjadikan bunga dan daun muda sebagai ulam/lalap. Daun muda boleh dimasak sebagai sayur daun dan rasanya hampir serupa dengan daun bayam. Bunganya sering digunakan untuk mewarnakan beras dan pastri. Bunga dan daun muda mengandungi protein yang agak tinggi.
  • Terdapat spesis kacang kelisa yang akarnya berubi. Ubi-ubinya berperisa seperti kacang tanah. Boleh digoreng, atau dimasak sebagai sayur berubi, hampir serupa dengan ubi kentang, tetapi lebih kaya protein berbanding ubi kentang. Ia amat digemari oleh penduduk Papua New Guinea, amat popular diMyanmar sebagai juadah makanan. 
  • Biji-bijian dari kacang kelisa yang tua telah diiktiraf sebagai makanan yang berkhasiat kerana mengandungi banyak protein sepertimana kacang soya. Biji-bijiannya juga boleh digoreng sepertimana kacang tanah, atau diproses seperti kacang soya iaitu dijadikan pelbagai produk yang boleh dimakan atau diminum; perlu dimasak dahulu selama 2–3 jam bagi memusnahkan 'trypsin inhibitor' dan 'hemagglutinin', anasir yang mencegah penghadaman.
  • Kacang kelisa mengandungi protein yang tinggi, bukan sahaja sebagai makanan untuk manusia, bahkan sesuai dan berpotensi digunakan sebagai makanan kepada binatang ternakan, seperti ikan keli Afrika.   

Nutrien Kacang Kelisa



Kacang kelisa mengandungi banyak nutrien yang menyihatkan tubuh.

Kacang Kelisa/Botol/Botor/Jaat, 
matang mentah
Nilai Nutrisi Setiap 100 g
Tenaga 1,711 kJ (409 kcal)
Jumlah Karbohidrat 41.7 g14%
- serat makanan 25.9 g104%
Jumlah Lemak 16.3 g24%
- tepu 2.3 g11%
- mono tak tepu 6 g
- poli tak tepu 4.3 g
Jumlah Protein 29.65 g 60%
Vitamin
- Thiamin (B1) 1.03 mg 90%
- Riboflavin (B2) 0.45 mg 38%
- Niasin (B3) 3.09 mg 21%
- Asid Pantothenik (B5) 0.795 mg 16%
- Pyridoxine (B6) 0.175 mg 13%
- Folate (B9) 45 μg 11%
Zat Gizi
- Kalsium 440 mg 44%
- Besi 13.44 mg 103%
- Magnesium 179 mg 50%
- Manganese 3.721 mg 177%
- Fosforus 451 mg 64%
- Potassium 977 mg 27%
- Sodium 38 mg 1%
- Zinc 4.48 mg 47%
Unit:
• μg = mikrogram
• mg = milligram
• IU = International unit
Peratusan adalah anggaran 
merujuk kepada kadar saranan untuk warga dewasa US. 
Untuk warga Asia melebihi peratusan tersebut.   
Sumber: USDA Nutrient Database
Kacang Kelisa Muda. Kacang kelisa muda rendah kalorinya; 100 g hanya mengandungi 49 kalori, manakala yang agak matang mengandungi 409 kalori.

Kacang kelisa muda mengandungi 1-3% protein dan kaya dengan zat galian besi, kalsium dan vitamin A, manakala yang matang lebih tinggi protein dan zat-zat lain.

Kacang Kelisa Matang. Kacang kelisa matang mengandungi thiamin/B1, rivoflavin/B2 yang tinggi. Sederhana baik kandungan pyridoxine/B6, niasin/B3, folate/B9 dan asid pantothenik/B5 iaitu jenis-jenis vitamin B-kompleks yang penting.

Kacang kelisa merupakan sumber folate/B9 yang baik; 100 g membekalkan 45 µg atau 11% dari kadar saranan harian. Folate bersama dengan kobalamin/B12 adalah komponen penting dalam penghasilan DNA dan percambahan sel-sel. Folate yang mencukupi dalam permakanan sewaktu kehamilan boleh membantu mencegah dari kemerosotan atau kerosakan neural-tube pada janin.

Ada analisa mendapati kacang kelisa mentah segar mengandungi vitamin C yang mencukupi; 100 g membekalkan 18.3 mg atau 31% vitamin C dari kadar saranan harian. Vitamin C adalah anti-oksidan yang berkesan membantu membina sistem kekebalan tubuh yang utuh dari jangkitan, memelihara keanjalan saluran darah, dan melindungi tubuh dari kanser.

Disamping itu, kacang kelisa membekalkan kadar yang mencukupi zat-zat gizi seperti kalsium, besi, magnesium, manganese, fosforus, zinc, dan potassium.

Daun Muda. Daun muda pohon kacang kelisa adalah sumber serat yang baik, vitamin C, vitamin A dan zat-zat gizi.

100 g daun muda segar membekalkan 45 mg vitamin C (75% dari kadar saranan harian) dan 8090 IU vitamin A (270 % dari kadar saranan harian). Daunnya mengandungi 5-7% protein dan banyak mineral, vitamin A dan C.

Ubi Pohon Kelisa. Ubi pohon kelisa juga kaya dengan kanji (kira-kira 30% karbohidrat), dan protein. 100 g ubi kelisa membekalkan 11.6 g protein, berbanding 2.02 g/100 g dalam ubi kentang dan 1.36 g/100 g protein dalam ubi kayu/singkong, lebih tinggi dari kebanyakan ubi-ubi lain. Banyak kandungan vitamin B-kompleks, fosforus dan kalsium. 

Biji. Purata mengandungi 11% air, 33% protein, 32% karbohidrat, 16% lemak dan 5% serat.

Minyak. Minyak kacang kelisa seakan-akan minyak kacang tanah, 67% minyak adalah asid linoleik dan asid oleik. Kandungan tokoferol dalam minyak kacang kelisa juga adalah tinggi. 

Khasiat Kacang Kelisa



Menurut salah satu analisa bersumber dari USDA Nutrient Database, kacang kelisa adalah sumber terbaik zat-zat makanan iaitu:  1) serat makanan,  2) protein,  3) thiamin (B1),  4)  riboflavin (B2),  5)  kalsium,  6) besi,  7) magnesium,  8) manganese,  9) fosforus, dan  10) zinc. 

Thiamin (B1).  Thiamin berperanan utama dalam:
  • penghasilan tenaga dari ‎karbohaidrat. ‎
  • pembinaan RNA (asid ribonucleic, ‎rangkaian molekeul yang bekerjasama dengan DNA) dan DNA (asid ‎deoxyribonucleic, sejenis asid yang diwarisi). ‎
Kekurangan thiamin yang kronik akan menyebabkan Sindrom ‎Korsakoff dan penyakit Biri-Biri. Sindrom Korsakoff merupakan ragam kekacauan yang berkait rapat ‎dengan penyakit biri-biri; otak lembab, hilang daya ingatan, hilang kepekaan ‎dan lemah daya fikir.

Riboflavin (B2).  Riboflavin terlibat dalam:
  • penghasilan tenaga untuk dibekalkan kepada ‎rangkaian penghantaran elektron, dan jaringan asid sitrik.
  • pemecahan asid lemak beta (oksidasi beta).
Kekurangan akan menyebabkan ariboflavinosis. Gejala penyakit ini termasuk cheilosis (bibir rekah dan pecah-‎pecah), sensitif pada sinaran matahari, glossitis (radang lidah), ‎seborrheic dermatitis (sejenis eczema, gatal-gatal pada kulit), ‎pseudo-syphilis (jangkitan terutamanya pada buah zakar, atau ‎labia majora alat kelamin wanita), pharyngitis (sakit ‎kerongkong), hyperemia (darah bergumpal disesuatu bahagian ‎tubuh), dan radang dan bengkak pada rongga mulut dan ‎kerongkong.  

Kalsium.   Kalsium merupakan zat gizi paling utama, berperanan:
  • membina, mengukuh, menumpat seluruh tulang dan gigi. Kekurangan boleh menyebabkan tulang dan gigi menipis, mudah retak, kurang tumpat, tidak kukuh, mudah rosak; punca utama ‎‘osteoporosis.’
  • diperlukan oleh semua otot untuk menguncup, dan magnesium untuk otot mengendur. Kalsium ‎bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung.
  • Kalsium membantu penghantaran isyarat saraf, memacu pengeluaran bahan kimia 'neurotransmitter' dari ‎sel neuron memberi ‎isyarat kepada sel-sel untuk menguncup.
  • Aktiviti kalsium dan hormon saling berkaitan. Kurang kalsium, aktiviti hormon tidak aktif. Banyak kalsium, hormon-kalsium menjadi aktif, aktiviti kalsium didalam tubuh pada keseluruhannya menjadi semakin rancak. ‎

Besi.  Besi berperanan dalam:
  • penghasilan hemoglobin dan sel-sel darah merah. Hemoglobin adalah pembawa oxygen utama, dari satu sel ke sel yang lain, hingga keseluruh tubuh. Otak sendiri menggunakan kira-kira 20% oxygen dari darah. Kekurangan zat besi bererti kekurangan oxygen. Kekurangan oxygen bererti banyak masalah kesihatan pada tubuh, seperti anemia dan Sindrom Kegelisahan Kaki/Restless Leg Syndrome  (RLS). Tanda-tanda anemia: tubuh letih lesu, daya pemusatan fikiran singkat, perkembangan pemikiran bengap pada bayi dan kanak-kanak, emosi mudah marah, prestasi kerja merosot, pembelajaran lembab dan kurang cerdas, fungsi sistem kekebalan lemah dan sering berpenyakit, lidah merah dan bengkak (glossitis), dan suhu tubuh tidak menentu. Tanda-tanda RLS: kegelisahan berpanjangan yang mendorong pergerakan kaki dan juga anggota tubuh yang lain disebabkan kekacauan pada fungsi saraf dan otak. Sindrom ini lansung mempengaruhi tabii tidur penderita RLS.
  • metabolisma protein, bagi memelihara kesihatan otot. Besi banyak terdapat dalam 'myoglobin' (protein otot). Myoglobin ‎mendapatkan oxygen dari hemoglobin dan memberi makan kepada otot.
  •  
Magnesium.  Magnesium penting untuk urusan:
  • metabolisma tenaga, sebagai faktor gandingan kepada lebih dari 100 jenis ‎enzim yang terlibat dalam pengawalan gula dan metabolisma glukos. Magnesium membantu mengurus ‎tindak-balas insulin terhadap kadar gula dalam darah, dan memelihara tekanan darah, mengurangkan risiko ‎penyakit Kencing Manis Jenis 2.
  • metabolisma tulang. Kira-kira 50 - 60% magnesium dalam tubuh berada dipermukaan ‎tulang. Bersama dengan vitamin D, ‎tembaga dan zinc, magnesium mengurus kadar kalsium dalam tubuh. Kurang magnesium, maka kalsium kurang diserap oleh usus. ‎Tubuh terpaksa mengguna simpanan kalsium, mengakibatkan hakisan ‎tulang. Kekurangan kalsium dan magnesium akan membawa ke arah osteoporosis.
  • aktiviti reseptor NMDA (N-methyl-d-aspartate), iaitu reseptor saraf yang terdapat dalam selaput sel-sel otak. ‎Reseptor adalah molekeul khusus yang mengawal keluar-masuk maklumat dari sel-sel sistem saraf. Jika magnesium berkurangan, tekanan jiwa dan kecelaruan fikiran akan meningkat. ‎
  • bergandingan dengan magnesium, mengawal kuncup-kendur semua otot, termasuk otot jantung. Kekurangan magnesium merupakan salah satu penyebab kepada serangan jantung dan tekanan darah tinggi. Gejala awal: kekejangan otot (juga otot jantung dan saluran pernafasan yang ‎menyebabkan asma), sakit kepala dan migraine, sengal-sengal dan kelesuan. ‎

Manganese.  Manganese penting untuk urusan:
  • mengutuh sistem kekebalan; menghasilkan “sel-sel pembunuh” penyirna sel-sel berpenyakit, memperteguh dinding-dinding sel.
  • faktor gandingan yang perlu bagi mengaktifkan tindak-tanduk aneka jenis enzim bagi menguruskan berbagai metabolisma dalam tubuh. Merupakan sebahagian dari enzim ‎superoxide dismutase (SOD), iaitu ‎anti-oksidan penggempur berkesan membasmi radikal bebas dalam tubuh.
  • mempertingkat fungsi saraf, dan aktiviti sistem saraf seluruh ‎tubuh terpelihara dengan baik; memelihara otak agar kekal berfungsi secara normal. ‎
  • membantu menghasilkan enzim untuk pembinaan dan pembentukan tulang yang normal, tisu-tisu penghubung pada otot, kollagen, tendon, kartilej dan cecair sendi, membantu memampatkan tulang kerangka, terutama tulang belakang.
  • kelenjar 'pituitary' perlu manganese untuk menghasilkan hormon seks, ‎agar organ seks berfungsi sempurna, membantu pencernaan asid lemak dan kolesterol untuk memproses ‎glycogen (bahan penting untuk tenaga dan pergerakan). ‎
  • metabolisma glutamine, sejenis asid amino yang paling ‎banyak terdapat di dalam tubuh dan menjadi bahagian utama kepada DNA polymerase.
  • metabolisma karbohaidrat, menghasilkan tenaga; ‎ mengawal paras gula dalam darah dengan cara menstabilkan penghasilan dan pengeluaran ‎insulin, membantu penyerapan kalsium, pengunaan vitamn B1/thiamin, E dan magnesium yang lebih baik.

Fosforus.  Fosforus penting untuk urusan:
  • proses tumbesaran. Fosforus, bersebati ‎dengan kalsium, berfungsi  membina dan membentuk tulang dan gigi yang sihat dan kukuh. Tanpa fosforus, kalsium sendiri tidak ‎mampu membina tulang dan gigi yang kukuh.
  • semua aktiviti metabolisma sel-sel, menyumbang kepada proses baik-pulih sel-sel ‎tubuh, memastikan sel-sel tubuh terpelihara baik dan kekal aktif ‎untuk kesihatan keseluruhannya.
  • fosforus berada dalam setiap anggota tubuh, termasuk otak. Ia menjadi unsur yang aktif di dalam dan dipersekitaran sel-sel otak, mempunyai fungsi dan pengaruh penting pada otak; seperti ‎daya pemusatan, daya ingatan yang baik dsbnya. ‎
  • pembinaan protein, membantu ‎protein dalam fungsinya membina, menghasil dan membaik-pulih sel, tisu, otot dan juga faktor genetik iaitu asid ‎nukleik (DNA dan RNA). Fosforus dalam bentuk fosfat merupakan bahagian terpenting kepada DNA dan RNA. ‎
  • ‎penghasilan tenaga dengan cara meransang proses ‎metabolisma berbagai zat makanan termasuk karbohaidart dan lemak. Fosforus penting kepada penghasilan ATP (Adenosine Tri Phosphate), iaitu sejenis molekeul yang digunakan ‎oleh tubuh untuk menyimpan dan membawa tenaga. ATP merupakan sumber tenaga kepada berbagai aktiviti ‎metabolisma dan enzim, terutama kepada penguncupan otot, penghantaran yang berkesan, dan penghasilan DNA.‎
  • ‎sebahagian dari struktur phospholipid. Phospholipid adalah komponen utama struktur pada semua selaput sel. Phospholipid bertanggungjawab mengawal kadar penyerapan sel-sel, membantu menyerap lemak-lemak yang tidak mudah di serap dan juga ‎kolesterol.
  • menghasil dan mengawal kesaimbangan hormon dalam ‎tubuh, meransang kelenjar-kelenjar mengeluarkan hormon, memelihara otot dan jantung menguncup dengan baik dan teratur, membantu memastikan hormon peranakan hadir dalam kadar yang mencukupi bagi ‎memelihara kesuburan peranakan. Gejala menopaus dapat dikurangkan dengan ‎kehadiran hormon peranakan yang dihasilkan melalui fosforus. ‎
  • menyihatkan ginjal dengan cara memastikan ‎perkumuhan bahan sisa makanan dan sisa toksin dalam bentuk cecair dikeluarkan melalui ginjal. ‎
  • mempercepat proses penghadaman. Ia mengaktifkan vitamin B-kompleks seperti ‎B2 (riboflavin) dan B3 (niasin), menjadikan vitamin-vitamin tersebut sebagai enzim gandingan untuk melancar ‎penghadaman. Berkaitan dengan vitamin B, fosforus membantu penguncupan otot, memelihara denyut jantung yang normal, ‎dan juga sebagai perantara kepada sistem saraf. ‎
  • ‎faktor gandingan dalam beberapa tindak-balas kimia ‎yang berlaku di dalam tubuh. Ia juga melancarkan penggunaan berbagai nutrien seperti iodine, vitamin D, zinc dan ‎magnesium yang memasuki tubuh.

Zinc. Zinc penting untuk urusan:
  • hanya zinc yang berada dalam semua jenis enzim. Ia menjadi komponen utama kepada lebih ‎dari 100 jenis enzim (ada sumber mengatakan 300 jenis). Ia juga menjadi penggalak ‎kepada aktiviti enzim-enzim. Semua enzim-enzim bergantung pada zinc untuk mampu memberi bertindak-balas kimia untuk menyihatkan tubuh.
  • dibandingkan dengan nutrien lain, zinc paling berkesan pada sistem kekebalan tubuh; membantu penghasilan dan keberkesanan sel-T, dan kesembuhan dari luka dan penyakit.
  • pembinaan dan ‎kembang-biak sel dan gene, penghasilan protein dan DNA yang sempurna. Berperanan besar membantu proses tumbesaran normal, sejak perkembangan janin, kanak-kanak, dan keremajaan.
  • kesuburan lelaki dan perempuan; mencegah kelenjar prostat membesar, menambah kadar air mani dan hormon testosterone, ketangkasan sperma, ‎ mengurangi sindrom putus haid bagi wanita, juga berpengaruh kepada syahwat lelaki dan perempuan.‎
  • meransang selera makan dan citarasa; zinc ‎mengaktifkan otak menerima dan memproses deria bau dan rasa yang ‎dihantar oleh saraf.