Khasiat Kangkung
Kangkung atau nama santifiknya Ipomoea
aqatica adalah sejenis sayuran yang popular di kalangan penduduk Asia
Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Kangkung juga mudah dan cepat
tumbuh, sekitar 4-6 minggu ia akan cepat membesar.Ia menjadi menu alternatif
tidak kira di rumah mahupun restoran. Kangkung juga mudah dan murah didapati di
Nusantara ini.
Selain digunakan sebagai bahan masakan, kangkung juga digunakan sebagai
bahan untuk kesihatan. Berikut adalah contoh khasiat kangkung dari segi
kesihatan:
1. Khasiat Kangkung Boleh Tajamkan Penglihatan
Selain daripada lobak merah, ramai yang tidak sedar bahawa kangkung juga
mampu penamajamkan penglihatan kita. Kangkung mempunyai vitamin A yang tinggi,
iaitu 6300 IU, lebih tinggi daripada sayur bayam. Daripada kajian sains yang
dilakukan, semakin tinggi hijau sayur itu,semakin tinggi bertakaroni di dalam
sayur tersebut.
2. Khasiat Kangkung Boleh Mencegah Imsomnia
Kangkung, mempunyai sifat sedatif, bahan yang boleh menjadi penyebab kepada
mengantuk. Kangkung juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal ini kerana
adanya mineral yang terkandung di dalamnya. Semakin tinggi kuantiti kangkung
bila kita ambil, saraf jadi kendur.
Apabila saraf kita kendur, maka tidur kita mungkin akan menjadi lebih
berkualiti dan lena.Kebaikannya adalah, jelas kangkung dapat membantu mengatasi
masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih lena.
Awas, mungkin kangkung tidak sesuai dimakan dengan kuantiti yang banyak
jika anda di kelas atau di pejabat.
3. Khasiat Kangkung Boleh
Mengurangkan Haid Berlebihan
Khas pada kaum hawa, jika anda mengalami haid berlebihan, anda boleh
menggunakan kangkung untuk merawatnya. Caranya : Ambil sekurang-kurangnya
setengah kilogram daun kangkung segar. Cucikannya sehingga bersih, lalu
ditumbuk halus.
Tuangkan air setengah gelas, saring dan tuangkan sekurang-kurangnya
sekurang-kuranya satu sudu teh dan dicampurkan dengan madu. Minum sekali sehari
sekaligus. Haid akan jadi baik dan lancar.
4. Khasiat Kangkung Boleh
Menghilangkan Masalah Kulit Gatal
Masalah kulit gatal boleh dirawat menggunakan kangkung dengan cara, ambil
daun kangkung yang segar, rebus dengan air kira-kira 5 minit, gunakan air
rebusan tadi dan tuangkannya di tempat yang bermasalah tadi.
5. Khasiat Kangkung Boleh
Mengurangkan Masalah Sembelit
Pada Ibu Hamil
Mual dan sembelit adalah perkara lumrah bagi perempuan hamil. Ianya boleh
diatasi dengan cara, ambil dalam anggaran seikat daun kangkung,lumatkan dan
terus dimakan. Serat tinggi yang ada pada kangkung mampu menghilangkan rasa
mual dam sembelit pada ibu yang sarat mengandung.
6. Khasiat Kangkung Boleh
Menghilangkan Kelemumur
Ambil sekurang-kurangnya seikat kangkung, rendamkannya sehingga bertukar
warna. Kemudian, cuci rambut dengan air rebusan tadi. Lakukannya dengan kerap
nescaya masalah kelemumur akan hilang.
7. Khasiat Kangkung Boleh Mencegah Kencing Manis
Hasil ujian di makmal telah membuktikan bahawa ekstrak kangkung sesuai
dijadikan penawar kencing manis kerana sifatnya yang anti diabetes. Fungsi
ekstrak kangkung adalah menghalang penyerapan gula dalam darah.
8. Khasiat Kangkung Boleh Kaya
dengan Vitamin B dan C
Kandungan vitamin B dan omega yang tinggi ada pada kangkung mampu memberi
kesegaran kepada dan memulihkan stress
Mengikut kajian, kandungan vitamin C yang ada pada kankung adalah lebih
tinggi daripada buah-buahan yang terdapat di pasaran. Secara tidak langsung Ia
dapat membantu meningkatkan antibody pada badan kita
Jelas dan nyata bahawa sayur kangkung banyak memberi faedah dan manfaat
kepada kita walaupun ada yang beranggapan sebaliknya. Kangkung juga mudah dan
murah untuk didapati. Marilah kita bersama-sama mengamalkan makan kangkung
untuk kebaikan kita bersama.
Tiada ulasan :
Sila Tulis Komen Di Sini :